About us

MMLY Collections
(001792881-X)
by : mamilaya


Address : D-308 Apartment Permai, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya, Selangor - Malaysia

Phone : (+603) 61573529 Mobile : (+6012) 3641401
official website : www.mmlycollections.com
Email : mamilaya@yahoo.com YM : mamilaya
________________________________________________________

Lahirnya MMLY Collections.

Apa itu MMLY ?
Alhamdulilah… pada 19 Disember 2006 kami telah dianugerahkan seorang puteri yang cantik bernama Allaya Aisha atau lebih manja dengan panggilan Laya. Puji syukur pada-Mu ya ALLAH. Laya biasa memanggil saya dengan sebutan “mami”. Secara tidak sengaja saya menulis ejaan mamilaya seperti ini “MaMiLaYa”. Maka lahirlah MMLY sebagai singkatan daripada “mamilaya” .

MMLY Collections adalah sebuah perniagaan persendirian yang bergerak di bidang fesyen. Kami memulakan perniagaan dengan menjual pakaian wanita dan kanak-kanak secara kecil-kecilan sejak tahun 2006. Pada mulanya kami hanya melakukan penjualan secara “offline” daripada rumah. Namun begitu, memandangkan peningkatan penggunaan komputer yang sudah semakin meluas dan rancaknya penjualan produk melalui internet, maka tentu saja kami tidak mahu menyia-nyiakan peluang ini. Bermula 14 Disember 2007 kami mulai memasarkan produk kami secara “Online” melalui blog dan forum. Sungguh tidak disangka, sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan. Sehingga pada 8 Ogos 2008 kami melancarkan laman web rasmi perniagaan : http://www.mmlycollections.com. Dengan mematuhi perundangan yang berlaku, tepat pada tarikh 25 Ogos 2008, MMLY Collections telah didaftarkan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menurut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Visi dan Misi.
Kami akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk pelanggan.
Produk berkualiti dengan harga terjangkau dan khidmat pelanggan yang memuaskan.




.
 

blogger templates | Make Money Online